Beberapa tahun yang lalu, ramai orang mempertikaikan tentang kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. ...
Beberapa tahun yang lalu, ramai orang mempertikaikan tentang kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.
Di beberapa forum sudah membuka thread untuk membahaskannya. Ada forumer daripada negara jiran yang mengatakan fakta yang Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara adalah salah dan bohong. Tapi yang paling sedih, rakyat Malaysia sendiri ada yang percaya bulat-bulat tanpa membuat bacaan yang lebih lanjut, terus menyebarkan fakta yang salah ini.
ASEAN
Mereka (forumer negara jiran) mengatakan bahawa gunung yang tertinggi dia Asia Tenggara ialah Puncak Jaya yang terletak di Irian Jaya, Indonesia dengan ketinggian 4884 m, diikuti dengan Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter).
Seperti yang kita tahu, Gunung Kinabalu hanya berketinggian 4,095 meter. Jadi kenapakah ianya boleh digelar gunung yang tertinggi di Asia Tenggara?
Mari dengar sedikit penjelasan dengan teliti supaya kita boleh jelaskan kepada pelancong, kawan-kawan dan orang yang belum tahu serta kepada yang bebal semasa cikgu mengajar geografi di sekolah dulu.
Jadi ini ialah jawapannya.
Memang betul Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi dia Asia Tenggara dan Puncak jaya lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu. Pelik? Bagaimana?
Sebenarnya, Gunung Kinabalu memang tertinggi di Asia Tenggara sejak dari dahulu lagi. Ini kerana Gunung Kinabalu memang di kawasan geografi Asia Tenggara. Di ulang sekali lagi, terletak di kawasan geografi Asia Tenggara.
Dalam geografi, bumi terbahagi kepada banyak kawasan seperti Asia Tenggara, Asia Timur, Oceania, Eropah Barat, Eropah Timur, Asia Barat, Asia Timur, Afrika Utara, Afrika Selatan, Amerika Utara, Amerika Selatan dan banyak lagi.
Puncak Jaya di Indonesia bukanlah terletak di dalam kawasan geografi Asia Tenggara, tapi ia terletak di kawasan Oceania. Oleh itu Puncak Jaya merupakan gunung yang tertinggi di Oceania.
Memang dari segi sempadan politik, Indonesia itu termasuk antara negara Asia Tenggara (ASEAN) namun, untuk mengatakan bahawa Puncak Jaya adalah yang tertinggi di Asia Tenggara (jika dikira dari sempadan politik) juga adalah salah.
Ini kerana, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara (jika dikira dari sempadan politik) adalah Gunung Hkakabo Razi (5881 m) yang terletak di Myanmar. Namun dari segi sempadan geografi ianya terletak di banjarann Himalaya di benua India atau lebih tepat dinamakan Asia Selatan.
Gunung Kinabalu tertinggi di SEA
Gunung Hkakabo Razi tertinggi di ASEAN
Ia terpulang bagaimana kita mentakrif 'Asia Tenggara' sama ada ianya South East Asia, SEA (geografi) ataupun Association of Southeast Asian Nations, ASEAN (politik).
Kesimpulannya, Fakta bahawa Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tidak pernah salah dan palsu. - Sumber
Tiada ulasan
Catat Ulasan