Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pelajar Di Larang Melacur Di New Zealand

Pelajar antarabangsa yang menuntut di New Zealand, di sebuah negara yang membenarkan aktiviti pelacuran telah dilarang untuk bekerja dalam...


Pelajar antarabangsa yang menuntut di New Zealand, di sebuah negara yang membenarkan aktiviti pelacuran telah dilarang untuk bekerja dalam dagangan seks.

Sebuah laman web imigresen kerajaan, www.nzstudywork.com pada Isnin berkata, pelajar luar negara mempunyai hak bekerja yang sama seperti rakyat New Zealand, tetapi terdapat senarai pekerjaan yang mereka tidak boleh melakukannya.

Pelajar asing “tidak boleh menyediakan perkhidmatan seksual komersial. Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh bekerja sebagai pelacur, atau bertindak sebagai operator dalam perniagaan pelacuran di New Zealand atau membuat pelaburan dalam perniagaan pelacuran”, kata laman web itu.

Pengurus besar Imigresen New Zealand, Stephen Dunstand berkata, perundangan New Zealand tidak menghalang para pelajarnya untuk bekerja sebagai ahli terapi untuk urutan.

Pelacuran bukan lagi satu jenayah pada tahun 2003.

Tiada ulasan

Latest Articles