Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Piramid ditemui di dasar Segitiga Bermuda

Piramid Teraneh di Dunia Belum lama ini, beberapa saintis Amerika, Perancis dan negara-negara lain pada saat melakukan survey di kawas...

Piramid Teraneh di Dunia

Belum lama ini, beberapa saintis Amerika, Perancis dan negara-negara lain pada saat melakukan survey di kawasan dasar laut Segitiga Bermuda, Lautan Atlantik, termasuk sebuah piramid berdiri tegak di dasar laut yang tak pernah diketahui orang, berada di bawah ombak yang menggelora ! Panjang sisi dasar piramid ini mencapai 300 meter, tingginya 200 meter, dan jarak hujung piramid ini dari permukaan laut sekitar 100 meter.

Jika bicara tentang saiz, piramid ini lebih besar skalanya dibandingkan dengan piramid Mesir kuno yang ada di darat. Di atas piramid terdapat dua buah lubang yang sangat besar, air laut dengan kelajuan tinggi melalui kedua-dua lubang ini, dan oleh kerana itu menggulung ombak yang mengamuk dengan membentuk pusaran raksasa yang membuat perairan disekitar ini menimbulkan ombak yang dahsyat menggelora dan halimun pada permukaan laut. Penemuan terbaru ini membuat para saintis takjub.

Bagaimanakah orang dulu membina piramid dan hidup di dasar laut dengan lautnya yang gemuruh menggelora? Ada beberapa ilmuwan Barat yang berpendapat bahawa Piramid di dasar laut ini mungkin awalnya dibuat diatas daratan, lalu terjadi gempa bumi yang dahsyat, dan tenggelam ke dasar laut seiring dengan perubahan di darat. Ilmuwan lain berpendapat bahawa beberapa ratus tahun yang silam perairan di kawasan Segitiga Bermuda mungkin pernah sebagai salah satu landasan aktiviti bangsa Atlantis, dan Piramid di dasar laut tersebut mungkin sebuah gudang bekalan mereka.

Ada juga yang curiga bahawa Piramid mungkin sebuah tanah suci yang khusus dilindungi oleh bangsa Atlantis pada tempat yang mempunyai sejenis kekuatan dan sifat khas tenaga kosmosnya, dia (Piramid) boleh menarik dan mengumpulkan sinar kosmos, medan tenaga atau tenaga gelombang lain yang belum diketahui.dan struktur pada bahagian dalamnya mungkin adalah resonansi gelombang mikro, yang mempunyai kesan terhadap suatu benda dan menghimpun sumber tenaga lain.

Benarkah demikian? Master Li Hongzhi dalam buku Zhuan Falun mempunyai penjelasan tentang penemuan peradaban prasejarah sebagai berikut;

"Di atas bumi ada benua Asia, Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara, Oceania, Afrika dan benua Antartika, yang oleh saintis geologi secara umum disebut 'lempeng Eropah'. Sejak terbentuknya lempeng kontinental sampai seakrang, sudah ada sejarah puluhan juta tahun. Boleh dikatakan pula bahawa banyak tanah besar berasal dari dasar laut yang naik ke atas, ada juga banyak daratan yang tenggelam ke dasar laut, sejak keadaan ini stabil sehingga keadaan sekarang, sudah bersejarah puluhan juta tahun.

Namun dibanyak dasar laut, telah ditemui beberapa bangunan yang tinggi besar dengan ukiran yang sangat indah, dan bukan berasal dari warisan budaya umat manusia moden, jadi pasti bangunan yang telah dibuat sebelum ia tenggelam ke dasar laut. "Dipandang dari sudut ini, misteri asal mula piramid dasar laut ini sudah dapat dipecahkan.

Latest Articles