Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Komen Bung Moktar Tidak Boleh Diterima dan Salah - Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata komen dibuat anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin tentang perlawanan...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata komen dibuat anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin tentang perlawanan separuh akhir Piala Dunia Jerman-Brazil “tidak boleh diterima dan salah” dan MP Sabah itu “akan menarik balik” komen itu.

“Beliau tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau bagi pihak rakyat Malaysia, yang memahami kisah tragik di Eropah pada masa lalu, dan menghormati perpaduan modennya,” kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata ini merupakan masa untuk pasukan Jerman meraikan kejayaannya dan Malaysia mengucapkan selamat berjaya dalam perlawanan akhir.

Pada Rabu, selepas Jerman menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Bung Mokhtar dalam catatan Twitter beliau telah menulis: “WELL DONE..BRAVO…LONG LIVE HITLER”.

Komen beliau itu yang tersebar mendapat kritikan daripada kalangan pengguna internet. — BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles