KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah atas air Kampung Pondo di Pulau Gaya di perairan ini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tad...
KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah atas air Kampung Pondo di Pulau Gaya di perairan ini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.
Asap tebal kelihatan dari tanah besar selain beberapa letupan dipercayai daripada tong gas turut kedengaran.
Bomba menerima penggilan berhubung kejadian itu jam 12.49 tengah hari dan setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
Pulau Gaya mempunyai beberapa perkampungan atas air dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti berhampiran pasar Kota Kinabalu.
BHARIAN
Kredit : Blog djkupang
Tiada ulasan
Catat Ulasan