Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

SABAH : 123 saman, lima PATI ditangkap dalam Ops Cantas Khas Trafik

KENINGAU: Sebanyak 123 saman dikeluarkan dan lima lagi tangkapan Pendatang Asin Tanpa Izin (PATI) dilakukan dalam satu operasi Ops Cantas ...

KENINGAU: Sebanyak 123 saman dikeluarkan dan lima lagi tangkapan Pendatang Asin Tanpa Izin (PATI) dilakukan dalam satu operasi Ops Cantas Khas Trafik iaitu (Ops Kereta Sapu) di sekitar daerah ini yang bermula dari 2 sehingga 4 Julai.

Operasi yang dijalankan dianggotai 3 pegawai, 10 anggota trafik IPD Keningau dan dibantu oleh seorang lagi pegawai dan tiga lagi penguatkuasa trafik IPK Sabah diketuai oleh ASP Parum ak Niot (ASP Penguatkuasa Trafik IPK Sabah).

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau DSP Robert Solisip @ David, operasi ini memberi tumpuan terhadap kegiatan kereta sapu yang dijalankan di daerah ini, dimana ia merupakan salah satu kegiatan yang menyalahi undang-undang dalam seksyen 33 (ALPKP) Akta Lembaga Pelesenan kenderaan Perdagangan 1987 iaitu Larangan ke atas penggunaan kenderaan perkhidmatan awam yang tidak berlesen.

Katanya,tertakluk kepada akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan motor digunakan sebagai satu kenderaan perkhidmatan awam melainkan jika ada berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang telah diberikan di bawah akta tersebut yang membenarkan penggunaan sedemikian iaitu membawa penumpang tanpa permit yang sah”.

“Sekiranya disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih RM10, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”

Bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh disabit kesalahan jika dia dapat membuktikan sehingga mahkamah berpuashati bahawa dia menggunakan kenderaan motor yang menjadi subjek pertuduhan itu dalam sesuatu kecemasan, ujar beliau ketika ditemui dalam Operasi itu.

Hadir sama dalam operasi itu, Ketua Trafik Cawangan Keningau Inspektor Runaidi Jaffar dan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor James Ding

Robert menambah, Ops Cantas Khas Trafik ini juga menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang membawa muatan lebih / merbahaya terutamanya keatas lori-lori balak dan juga lori yang mengangkut buah kelapa sawit.

Sehubungan dengan itu, “kita juga turut menjalankan OPS Mabuk di sekitar Pekan Keningau dan operasi ini akan diterukan dari masa kesemasa” jelasnya lagi.

Beliau menasihatkan agar masyarakat di daerah ini supaya tidak menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang

Tiada ulasan

Latest Articles