Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sabah : Kebakaran di Kg. Pondo lebih 30 buah rumah musnah

KOTA KINABALU: Lebih 30 rumah di penempatan atas air Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah dalam insiden kebakaran kelmarin. Kejadian kira-...

KOTA KINABALU: Lebih 30 rumah di penempatan atas air Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah dalam insiden kebakaran kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu mengakibatkan kira-kira 2,000 penghuni tinggal sehelai sepinggang berikutan kemusnahan kediaman masing-masing akibat kebakaran terbabit.

Turut berlaku lima letupan dipercayai berpunca daripada tong gas sepanjang kebakaran itu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu pada jam 12.48 tengahari sebelum sepasukan anggota digegaskan ke pulau itu.

“Sepasukan anggota menggunakan bot untuk operasi memadamkan api di pulau berkenaan dan api berjaya dikawal pada jam 1.37 petang.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 2.33 petang dan berdasarkan maklumat awal tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran ini,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian dalam kebakaran yang melibatkan keluasan satu ekar itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pulau Gaya Kansi Abdullah, yang berada di rumahnya ketika kejadian, berkata beliau terdengar lima bunyi letupan.

Beliau berkata letupan tong gas memasak dipercayai punca kebakaran yang berlaku di perkampungan berkenaan.

Tiada ulasan

Latest Articles