Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini berdepan dengan dua ancaman utama iaitu ekonomi dan jenayah yang membabitkan penguatkuasaan unda...
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini berdepan dengan dua ancaman utama iaitu ekonomi dan jenayah yang membabitkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Gambar Hiasan -Kejayaan Kastam Sabah merampas 10 kg Ketamin di LTAKK |
Pengarah JKDM Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok berkata ancaman ekonomi melibatkan masalah penyelewengan dan penyeludupan barangan manakala ancaman jenayah pula membabitkan peruntukan mengikut Akta Dadah Berbahaya selain kemasukan barang larangan yang memudaratkan keselamatan rakyat.
Beliau turut menegaskan bahawa JKDM adalah satu-satunya agensi kerajaan yang bukan sekadar berperanan mengutip cukai, tetapi mempertahankan ketenteraman negara daripada sebarang ancaman keselamatan.
"Malah, JKDM juga bertindak menjaga sempadan negara bagi mengelak penyeludupan unggas atau flora dan fauna yang membawa penyakit, kerosakan tanaman dan sebagainya," katanya.
"Malah, JKDM juga bertindak menjaga sempadan negara bagi mengelak penyeludupan unggas atau flora dan fauna yang membawa penyakit, kerosakan tanaman dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas iaitu Yunos Tahir dilantik sebagai Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan dan Madrim Tasan dilantik Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
Katanya JKDM Sabah kini mempunyai lima timbalan pengarah bagi mengukuh dan memantapkan fungsi jabatan itu terdiri daripada Bahagian Perkastaman, Perkhidmatan Teknik, Penguatkuasaan, Pematuhan dan GST.
Pada majlis itu, Janathan menerima Komputer Riba 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tiada ulasan
Catat Ulasan