Anggota Polis Berpangkat Inspektor ditahan Polis Ketika Cuba Seludup di Sempadan Malaysia-Thailand Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ...
Anggota Polis Berpangkat Inspektor ditahan Polis Ketika Cuba Seludup di Sempadan Malaysia-Thailand
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat (gambar) berkata, pegawai polis itu dipercayai berperanan sebagai penghantar kenderaan curi ke sempadan negara.
Setakat ini, kita mempunyai bukti yang sah bahawa pegawai tersebut terlibat secara langsung dengan kegiatan seludup kereta mewah ini.
Kita syaki, suspek menerima upah daripada sindiket curi kenderaan untuk membawa kenderaan curi tersebut dari Lembah Klang hingga ke kawasan sempadan di Bukit Kayu Hitam," katanya dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutupan Tembak Amal Pistol di Lapang Sasar Subang, di sini hari ini.
Dalam kejadian 15 Ogos lalu, tindakan suspek yang membawa isteri dan anaknya ketika cuba menyeludup keluar kereta mewah jenis Toyota Vellfire di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berhasil apabila dia ditahan.
Hasil pemeriksaan, kereta yang dipandu suspek pernah dilaporkan hilang pada 3 Oktober 2012 di Subang Jaya, Selangor.
Sementara Robin Hai atau nama sebenarnya, Nyo Ah Hai, 50, yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol) selama lapan tahun telah ditahan di Terminal Dua Lapangan Terbang Changi, Singapura awal Julai lalu.
Menurut Abdul Samah lagi, suspek masih ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi hasil rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
-UTUSAN ONLINE-
-UTUSAN ONLINE-
Tiada ulasan
Catat Ulasan