Kemaskini Berita Dua Suspek Kes Penculikan di Sabah : Pihak Polis akan Tangkap "Muktadil Bersaudara" Polis mempunyai strategi...
Kemaskini Berita Dua Suspek Kes Penculikan di Sabah : Pihak Polis akan Tangkap "Muktadil Bersaudara"
Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis.
"Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
"Kita akan tunggu mereka, dan jika mereka kembali, kita akan menangkap mereka," kata Jalaluddin.
Pada Sabtu, polis mengenal pasti dua daripada tiga penceroboh itu yang merupakan Muktadil bersaudara iaitu Badong dan Nilson.
Mereka
dipercayai memasuki Semporna sebagai pendatang asing tanpa izin dan
mungkin mahu menguji kekuatan pasukan keselamatan yang memintas mereka
antara Tanjung Sirangol dan Pulau Maiga.
Kumpulan
penculik bersaudara itu (di mana bapa mereka yang sudah meninggal
dunia merupakan lanun terkenal) dan seorang lagi rakan sejenayah berjaya
melarikan diri.
Menurut
polis, Nilson tinggal di Kg Bangau-Bangau dan dipercayai terlibat dalam
kes penculikan membabitkan pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan
pekerja warga Filipina, Marcy Darawan, 40, di Singgamata pada 2 April
lalu.
Pasukan
keselamatan melancarkan satu operasi besar-besaran di udara dan
perairan untuk memburu mereka berikutan insiden yang berlaku pada
Khamis.
Tiada ulasan
Catat Ulasan