Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ESSCOM SABAH | Dr Jafri Abdul Jalil Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM yang baru

Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Dr Jafri Abdul Jalil akan menjalank...

Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Dr Jafri Abdul Jalil akan menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM sehingga CEO baharu dilantik secara rasmi tidak lama lagi. 

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah ESSCOM yang pertama, Datuk Mohammad Mentek pada majlis perjumpaan terakhir dengan kakitangan bahagian awam ESSCOM di Ibu Pejabat Esscom Lahad Datu, Jumaat lepas. 

"Bagi melicinkan operasi pentadbiran bahagian awam ESSCOM, saya telah menamakan Dr Jafri sebagai pegawai yang bertanggungjawab menanggung tugas-tugas CEO sehingga CEO baharu dilantik kelak," kata Mohammad. 

Sementara itu, Jafri berkata beliau berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberi Mohammad untuk beliau menjalankan tugas CEO. 

Jafri, 46, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa dan Sains Politik dari Universiti Marquette, Wisconsin di Amerika Syarikat. 

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Kedoktoran (PhD) Hubungan Antarabangsa dari London School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom. 

ESSCOM yang ditubuhkan pada 1 April susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di ESSZONE. 

ESSZONE meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. 

Tiada ulasan

Latest Articles