Komunikasi adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan, sejak dahulu kala lagi manusia sudah berkomunikasi dengan pertuturan bahasa...
Komunikasi adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan, sejak dahulu kala lagi manusia sudah berkomunikasi dengan pertuturan bahasa atau bahasa isyarat tangan. Ni masa kini ada begitu banyak sekali bahasa, namun ternyata masih ada yang menggunakan cara yang unik untuk bercakap antara satu sama lain. dimana di satu kawasan ini mereka berkomunikasi menggunakan cara siulan burung.
Sebuah desa kecil yang berada di Turki menggunakan ' bahasa burung ' seperti berkicau untuk berkomunikasi dengan penduduk kampung yang letaknya jauh. , nama desa kecil itu ialah "Kuskoy" , mereka menggunakan suara yang seperti kicauan burung untuk berkomunikasi untuk jarak jauh.
Sebuah desa kecil yang berada di Turki menggunakan ' bahasa burung ' seperti berkicau untuk berkomunikasi dengan penduduk kampung yang letaknya jauh. , nama desa kecil itu ialah "Kuskoy" , mereka menggunakan suara yang seperti kicauan burung untuk berkomunikasi untuk jarak jauh.
Desa Kuskoy yang berada di pergunungan dan jarak antara satu rumah dengan rumah lain agak jauh. Kerana itulah, mereka perlu mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan kerana apabila di malam hari tidak membolehkan untuk mereka saling berkunjung ke rumah satu sama lain.
Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan bahasa unik ini? Penduduk desa Kuskoy mengubah kata- kata dari bahasa Turki menjadi siulan burung. Seperti kod morse! Mereka merasakan bahawa menggunakan bahasa siulan burung ini lebih berkesan dan menjimatkan suara mereka daripada berteriak - teriak atau berjalan naik turun gunung.
Namun kini , bahasa siulan burung ini mula hilang kerana sejak ada elektrik, penduduk tidak takut lagi berjalan pada malam hari atau berkumpul bila ada kepentingan. Remaja di Kuskoy pun lebih banyak yang meninggalkan desa . Untuk menjaga bahasa siulan burung ini agar tidak pupus, setiap tahun diadakan Festival Kuskoy . Festival ini acaranya adalah berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.
Festival unik ini menarik banyak perhatian dan diikuti oleh sekurang-kurangnya 2000 orang setiap tahun . Ternyata dalam hati setiap penduduk Kuskoy , merindukan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa unik ini. Pasti anda perasaan ingin tahu bagaimana penduduk Kuskoy berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.
Tiada ulasan
Catat Ulasan