BERITA DUNIA : Pesawat Boieng 777 dari Mumbai ke Brussels dengan 280 penumpang dan anak kapal dilaporkan tiba-tiba menjunam sehingga 15...
BERITA DUNIA : Pesawat Boieng 777 dari Mumbai ke Brussels dengan 280 penumpang dan anak kapal dilaporkan tiba-tiba menjunam sehingga 1524 meter menurut Pihak Berkuasa Penerbangan India.
Insiden berkenaan amat mengejutkan dan ia berlaku kerana kapten pesawat itu didakwa tidut sementara pegawai pembantu kapten dikatakan sedang memeriksa komputer tablet.
Insiden itu terbongkar selepas pegawai pengawal trafik udara Turki menghubungi pihak penerbangan berkenaan selepas pesawat tersebut terbang pada ketinggian 8,839 meter berbanding jarak sepatutnya iaitu 10,363 meter.
Direktorat Am Penerbangan Awam (DGCA) India kini sedang menyiasat laporan insiden itu yang dilaporkan berlaku di ruang udara Turki pada 8 Ogos lalu. DPA
Tiada ulasan
Catat Ulasan