Perjuangan dan Sumbangan Mereka Kekal di setiap sanubari Warga Sabah Sumbangan diberikan kerajaan kepada waris perwira Lahad Datu, S...
Perjuangan dan Sumbangan Mereka Kekal di setiap sanubari Warga Sabah
Sumbangan diberikan kerajaan kepada waris perwira Lahad Datu, Sabah lebih banyak berbanding keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan MH17.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, soal kebajikan keluarga waris perwira Lahad Datu amat dititikberatkan terutama membabitkan soal perumahan dan pendidikan anak mereka. Menurutnya, kenaikan pangkat dan penganugerahan pingat juga tidak terkecuali diberikan kepada anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu.
“Tujuan kami bukan mahu mewar-warkan apa yang dilakukan kepada dunia, sebaliknya hanya berkongsi fakta berikutan ada pihak melemparkan tuduhan. “Ketika insiden di Lahad Datu, ada yang tuduh kita bersandiwara tetapi hingga kini pihak terbabit tidak melakukan apa-apa kepada keluarga mangsa. “Sekarang mereka nak menjadi jaguh dengan membuat perbandingan di mana perbuatan itu boleh memalukan diri sendiri sekiranya keluarga waris wira Lahad Datu sendiri tampil mendedahkan sumbangan diterima.
Mesej yang didakwa dari seorang balu pejuang Lahad Datu (sumber dari laman sosial) |
“Berkongsi pengalaman sendiri, saya bukan hanya memandikan dan mengkafankan jenazah perwira itu, tetapi turut berdepan dengan keluarga mereka ketika membawa jenazah pulang ke pangkuan ibu, isteri dan anak mereka,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, beberapa lagi jasad mangsa MH17 akan dibawa pulang ke tanah air pada 2 September ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, senarai nama mangsa diumumkan pada esok (1 September). -HMETRO
Tiada ulasan
Catat Ulasan