Berita Terkini | Mahkamah Jatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes p...
Berita Terkini | Mahkamah Jatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan
Portal SatuSabah : Akhirnya La Ode Ardi Rasila dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati selepas dia didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sebelum ini, dia didakwa membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita, 37.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.
Tiada ulasan
Catat Ulasan