TIGA LELAKI MELARIKAN DIRI SELEPAS TERSEREMPAK DENGAN KAPAL PERONDA MALAYSIA KINI DIBURU Sebuah kapal peronda Malaysia mengesan sebua...
TIGA LELAKI MELARIKAN DIRI SELEPAS TERSEREMPAK DENGAN KAPAL PERONDA MALAYSIA KINI DIBURU
Sebuah kapal peronda Malaysia mengesan sebuah bot dinaiki tiga individu kira-kira pukul 5.45 petang di antara perairan Pulau Tanjung Sironggol dan Pulau Maiga.
Anggota keselamatan yang berada di atas kapal peronda tersebut mengejar dan cuba memintas bot terbabit yang dipercayai menggunakan enjin sangkut 60 kuasa kuda.
Apabila kapal peronda menghampiri bot tersebut pada jarak 20 meter, bot terbabit menghala ke perairan cetek dekat Pulau Maiga.
Beberapa anggota keselamatan melepaskan beberapa das tembakan amaran selepas bot tersebut memasuki perairan cetek.
Bot tersebut dikesan menuju ke Pulau Gaya.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCOM Datuk Abd Rashid Harun ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan hanya berkata mereka sedang melakukan operasi untuk mengesan bot terbabit. -MSTAR online-
Tiada ulasan
Catat Ulasan