Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ATM Sahkan kedatangan Tentera Amerika untuk latihan bersama

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kedatangan anggota tentera AmerikaSyarikat (AS ) ke negeri ini untuk menjalani latihan bersama...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kedatangan anggota tentera AmerikaSyarikat (AS) ke negeri ini untuk menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia,  sekali gus menepis dakwaan negatif di sebalik kehadiran mereka yang tersebar di seluruh negara.

Portal Satu sabah
ATM Sahkan kedatangan Tentera Amerika untuk latihan bersama (Gambar di Lahad Datu)
Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad berkata, kedatangan 540 anggota dari United States Army Pacific Command (USARPAC), Hawaii itu bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 di Kem Desa Pahlawan dan Kem Pengkalan Chepa.

“Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran tentera AS ke sini semata-mata untuk latihan Eksesais Keris Strike bermula 13 hingga 26 September ini dan tidak ada sebab lain.

“Malah program ini bukan yang pertama sebaliknya diadakan setiap tahun sejak 1996 antara tentera Malaysia dan AS yang berpangkalan di Hawaii dan matlamat utamanya untuk bantuan kemanusiaan dan bencana alam,” katanya.

Mohd Shukuri ditemui media ketika menghadiri Perbarisan Pembukaan Latihan Keris Strike Siri 18/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini yang turut melibatkan 638 pegawai dan anggota daripada Tentera Darat Malaysia.

Menurutnya, di samping itu, ia juga memberi memberi peluang tentera negara menimba pengalaman bersama tentera AS untuk tugas-tugas yang mungkin akan dilaksanakan di bawah khidmat panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan tentera AS itu demi manfaat bersama, selain menjalin kerjasama dalam apa juga keadaan.

“Jumlah peserta latihan kali ini agak besar kerana mereka juga datang untuk menimba ilmu dan pengalaman di sini khususnya dalam bidang ketenteraan, dan itu juga fokus utama kita,” katanya.

Mohd Shukuri berkata, latihan dijalankan secara bilateral begitu bermanfaat buat negara khususnya dalam menangani setiap tugasan dan buktinya Malaysia diterima baik oleh negara lain.

Media sosial dan blog beberapa hari lalu melaporkan kebimbangan rakyat negeri ini berhubung ketibaan ratusan tentera AS yang didakwa dari Diego Garcia sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Sinar Harian

Tiada ulasan

Latest Articles