Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

BERITA SABAH : Pastikan Maklumat Tepat Disalurkan Kepada Masyarakat

TERKINI  BERITA SABAH :  Pengamal Media Diseru  Pastikan Maklumat Tepat Kepada Masyarakat KOTA KINABALU: Pengamal media disaran aga...

TERKINI BERITA SABAHPengamal Media Diseru Pastikan Maklumat Tepat Kepada Masyarakat

Portal SatuSabah
KOTA KINABALU: Pengamal media disaran agar sentiasa bekerjasama bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan.

Exco Komunikasi dan Multimedia Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, persaingan di kalangan media tidak harus dijadikan halangan untuk membentuk kerjasama.



“Sama ada media elektronik atau media massa, kerjasama itu amat penting kerana masyarakat memerlukan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya pada majlis apresiasi bilik berita ehwal semasa (BES) RTM di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Sabah Ali Ngasio, Ketua Unit Berita Ehwal Semasa (BES) Francis Fahir, Ketua Penyunting Berita Ehwal Semasa (BES) Artika dan Aliza Ali.

Katanya, masyarakat ketika ini dihidangkan dengan pelbagai maklumat termasuklah maklumat yang kurang tepat dan mengelirukan.

Menurutnya, maklumat yang kurang tepat dan mengelirukan boleh mencetuskan kekacauan yang tidak diinginkan dan ia boleh meninggalkan kesan negatif.

Beliau berkata, ada pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri menggunakan media untuk mencetuskan kekacauan dengan menyebarkan maklumat yang bukan hanya kurang tepat tetapi juga berunsurkan fitnah dan dakyah.

Sapawi berkata, hasrat pihak tersebut mampu ditangani menerusi kerjasama di kalangan media dan hanya maklumat yang tepat disebarluaskan kepada masyarakat.

“Setiap pengamal media sama ada elektronik ataupun sebaliknya harus mempunyai tanggungjawab…kita terus kita teruskan prinsip sebenar media iaitu menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada masyarakat…prinsip itu perlu terus dikembangkan dan tidak diketepikan ketika media semakin berkembang maju dan membangun,” katanya lagi.

Sambil memuji dan menghargai RTM Sabah yang sentiasa menyalurkan maklumat tepat termasuklah usaha yang dilakukan oleh kerajaan, beliau berkata apa yang dilakukan oleh RTM Sabah perlu diteruskan.

Katanya, kerajaan amat menghargai apa yang telah dilakukan oleh pengaamal media termasuklah RTM dan berharap maklumat tepat yang disalurkan dapat memastikan masyarakat terus menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran.

Di majlis itu juga Sapawi menyampaikan penghargaan kepada Ken Yin Chong dan Roslan Daud yang telah bersara serta kepada Nadya Hassani yang bertukar ke RTM Kuching.

BERITA SABAH 2014

Tiada ulasan

Latest Articles