Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ISU SEMASA SABAH | BUAT RUJUKAN ILMIAH SEBELUM BERI ULASAN DI MEDIA

Orang ramai dinasihatkan agar lebih terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu, termasuk membuat rujukan ilmiah sebelum memberi sebarang ...

Orang ramai dinasihatkan agar lebih terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu, termasuk membuat rujukan ilmiah sebelum memberi sebarang ulasan di media.

Isu Semasa Sabah Portal Satusabah
Datuk Masidi Manjun
Nasihat itu disuarakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun ketika merujuk kepada kenyataannya baru-baru ini berhubung etnik Kadazandusun yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan etnik berkenaan.

Malah, tegasnya, etnik itu yang disifatkannya sebagai berasal dari rumpun Melayu bukannya bermaksud untuk 'memelayukan' mereka.




"Ekoran itu, ramai tampil membuat kenyataan dan menyalahkan saya atas kenyataan yang mereka anggap sebagai tidak berasas itu.

"Melayu dalam konteks Sabah tidak timbul kerana tafsiran perundangan Perkara 160(2) tidak terpakai di sini, iaitu kelayakan menjadi orang Melayu hanya untuk mereka yang lahir di Tanah Melayu (Semenanjung)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutup Bengkel Klasifikasi dan Identiti Penduduk Negeri Sabah, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Kebudayaan negeri, Datuk Wences Angang serta Pengarah Muzium negeri, Joanna Kitingan.

Sehubungan itu, katanya, sikap ingin menelaah sesuatu perkara sebelum memberikan ulasan tentangnya merupakan satu langkah terpuji kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai keunikan tersendiri.

"Tugas kita adalah memberi kefahaman kepada rakan-rakan kita di luar Sabah, betapa istimewanya hubungan kita di sini yang melihat kepelbagaian sebagai satu wadah yang kuat dalam mengukuhkan perpaduan kita," katanya.
-UTUSAN ONLINE-

Tiada ulasan

Latest Articles