Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Perdana Menteri Thailand Mangsa Serangan ILMU HITAM

BANGKOK 5 Sept. - Perdana Menteri Thailand yang baharu, Prayuth Chan-ocha mendakwa beliau menjadi sasaran serangan ilmu hitam oleh musuh p...

BANGKOK 5 Sept. - Perdana Menteri Thailand yang baharu, Prayuth Chan-ocha mendakwa beliau menjadi sasaran serangan ilmu hitam oleh musuh politik beliau.

Akhbar Bangkok Post, hari ini melaporkan Prayuth yang memimpin rampasan kuasa tentera pada Mei lalu mendakwa beliau mengalami sakit leher dan tekak akibat 'sumpahan' oleh mereka yang menentang kerajaan junta.

"Sekiranya anda memilih untuk menggunakan ilmu hitam, sila teruskan,'' kata Prayuth selepas mempengerusikan satu mesyuarat, semalam.

Prayuth menerima sokongan sebulat suara ketika pemilihan sebagai Perdana Menteri baharu di Parlimen pada bulan lalu.

Beliau mengetuai rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan Yingluck Shinawatra pada 22 Mei. - DPA


Tiada ulasan

Latest Articles