Ketiga-tiga suspek ditemani dua polis untuk proses perintah reman semalam Tiga anggota polis sukarelawan dan simpanan daripada seb...
Ketiga-tiga suspek ditemani dua polis untuk proses perintah reman semalam |
Tiga anggota polis sukarelawan dan simpanan daripada sebuah balai ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian jenayah memeras ugut warga asing.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 malam di Batu 12, Jalan Oya Lama di sini.
Pihak polis yang bertindak atas maklumat kemudian menahan ketiga-tiga suspek untuk membantu siasatan.
Difahamkan mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita warganegara Filipina sedang dalam perjalanan ke Brunei untuk memperbaharui pasport.
Difahamkan mereka bertolak sekitar jam 9.30 malam dengan menaiki bas ekspres.
Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, bas mereka telah diarah berhenti oleh suspek.
Suspek difahamkan mendakwa mereka sedang melakukan ‘snak check’ dan meminta semua mangsa turun.
Sebaik mangsa turun, suspek telah meminta mereka menyerah pasport masing-masing.
Bagi mendapatkan semula pasport tersebut, mereka perlu membayar wang tunai sebanyak RM100.
Sebanyak RM500 wang tunai telah diserah kepada suspek bagi mendapatkan semua pasport berkenaan.
Tersentak kejadian itu, mangsa kemudian mengadu kepada majikan sebelum laporan polis dibuat.
Tiada ulasan
Catat Ulasan