Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Tawau | Sebuah Jentera Bomba Terbabas Rempuh Pagar dan Bumbung Rumah

Tidak ada orang yang mahu kemalangan seperti ini berlaku namun bila sampai masanya kita tidak mampu untuk menolak. Buat anggota BOMBA yang...

Tidak ada orang yang mahu kemalangan seperti ini berlaku namun bila sampai masanya kita tidak mampu untuk menolak. Buat anggota BOMBA yang terlibat difahamkan semua selamat.  



Sebuah jentera bomba terbabas di Batu 2 Jalan Apas kira-kira jam 3.20 pagi kelmarin sehingga merempuh pagar dan bumbung sebuah kedai perabot di tepi jalan.

Sumber difahamkan, jentera terbabit dinaiki tujuh anggota bomba dan tidak ada orang yang berada di premis perniagaan terlibat semasa kejadian itu berlaku.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau ASP Tanggaraju Velayudan mengesahkan kesemua pemandu dan anggota bomba terlibat tidak mengalami kecederaan akibat insiden itu.

“Siasatan awal menunjukkan kemalangan ini berlaku semasa jentera bomba itu sedang dalam perjalanan ke Batu Payung untuk memadam kebakaran,” katanya.



Tanggaraju berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, jentera bomba yang berada di laluan sebelah kanan terlanggar kawasan takungan air di atas lorong kanan jalan.

Akibat insiden itu, jentera bomba terbabit dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri bahagian bahu jalan menghala ke Batu Payung dari arah pusat bandar.

“Jentera bomba itu sudah dibawa pulang ke Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau sementara menunggu taksiran kerosakan oleh Jabatan Kerja Raya Tawau,” katanya.

Menurutnya, keterangan pemandu jentera serta saksi-saksi kejadian akan diambil untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-UTUSAN BORNEO-

Tiada ulasan

Latest Articles