Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

70 PATI DITAHAN DI TAWAU - Ketua Polis Tawau

TAWAU - Polis menahan 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Bersepadu di Kampung Tawau Lama dan Kampung Batu 1 di sini awal hari ...

TAWAU - Polis menahan 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Bersepadu di Kampung Tawau Lama dan Kampung Batu 1 di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam operasi lebih tiga jam bermula pukul 5 pagi itu, sebanyak 38 lelaki dan 32 wanita berumur antara 15 dan 62 tahun ditahan.

"Dalam operasi itu, enam lelaki berumur 18 hingga 35 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana posifif dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. - Bernama

PATI DITAHAN [GAMBAR HIASAN]

Tiada ulasan

Latest Articles