Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kes Guru Wanita dibunuh di Kundasang : 3 Lelaki tempatan Ditahan

Polis menahan tiga lelaki berkaitan dengan rompak dan pembunuhan seorang guru di Kundasang. Susulan KES KEMATIAN GURU DI KUNDASANG...

Polis menahan tiga lelaki berkaitan dengan rompak dan pembunuhan seorang guru di Kundasang.



Ketua Bahagian siasatan Jenayah Negeri, SAC Salehhudin Abdul Rahman berkata suspek-suspek itu berumur antara 17 dan 27, ditahan berasingan antara jam 10.30 malam dan 11.30 malam pada Isnin.

“Tangkapan dilakukan di Kundasang, kawasan sama di mana mangsa tinggal. Kami menahan dua dari dalam kereta dan seorang di rumah,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke AmBank Cawangan Damai di Luyang kelmarin.

Suspek-suspek itu semuanya penduduk tempatan diuji positif syabu.

“Kami sedang menyiasat latar belakang mereka, senjata yang digunakan dan perhubungan mereka dengan mangsa.

“Kami percaya suspek-suspek membunuh guru itu selepas guru itu mengenali mereka,” kata Salehhudin.

Beliau menambah beberapa barangan milik mangsa seperti buku bank dijumpai daripada suspek-suspek.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga mereka, kes ini sudah diselesaikan,” katanya sambil menambah operasi dijalankan bersama pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri dan Polis Daerah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada 3 Oktober, mayat seorang guru berusia 50 tahun, Masinah Samadi dijumpai terbaring dengan lumuran darah di bilik tetamu kuarters pekerja SESB, oleh suaminya apabila suami mangsa balik dari kerja pada jam 10 pagi.

Mangsa telah ditikam dan polis mendapati pintu bahagian dapur telah dipecah masuk.

Masinah meninggalkan lima orang anak yang sedang belajar dan yang paling kecil berusia empat tahun.

Sementara itu bercakap mengenai kegiatan mencuri melalui mesin ATM/CDM baru-baru ini, beliau berkata polis sedang memuktamadkan siasatan sebelum mendakwa kelima-lima suspek.


Tiada ulasan

Latest Articles