Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

MALAYSIA DIPILIH SATU DARIPADA LIMA ANGGOTA TIDAK TETAP MAJLIS PBB

Malaysia Terpilih Ahli Tidak Tetap Majlis PBB PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis ...

djkupang & Friends
Malaysia Terpilih Ahli Tidak Tetap Majlis PBB

PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas meraih 187 undi.

Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).

Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. 

Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.

Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu.


Tiada ulasan

Latest Articles