Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Video Puting Beliung yang didakwa Berlaku di Klang Tersebar

Rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petan...

Rakaman video yang mendakwa berlakunya puting beliung di Pandamaran, Klang tersebar di media sosial termasuk aplikasi whatsapp pada petang Selasa.

PORTAL SATU SABAH
Gambar Puting Beliung yang didakwa Berlaku di Pendamaran, KLANG

Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu menunjukkan angin kuat yang kelihatan seperti pusaran angin kecil menerbangkan atap dan serpihan lain di kawasan berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, satu kejadian ribut telah berlaku di kawasan Pandamaran, Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.



TONTON VIDEO [1] DI YOUTUBE <--- KLIK SINI
TONTON VIDEO [2] DI YOUTUBE <--- KLIK SINI

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Beberapa bumbung flat di kawasan Pandaraman, Klang diterbangkan angin ribut.

Katanya, hasil tinjauan mendapati kawasan yang terjejas adalah di Kunci Air Jalan Banting Pandamaran apabila terdapat beberapa pokok tumbang dan bumbung bangunan berterbangan dibawa angin ribut.

Tambahnya, beberapa bot yang berada di jeti berhampiran turut tenggelam.

Bumbung bangunan yang tercabut diterbangkan angin ribut.

"Antara bangunan yang terlibat adalah gudang penyimpanan tong gas, Tokong Aji San, Flat PKNS dan Flat Pandamaran Damai.

"Akibat kejadian ribut yang berlaku, bekalan elektrik terputus dan pihak TNB (Tenaga Nasional Bhd) telah dihubungi berhubung perkara itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kamarul Zaman, tiga laporan polis berhubung kejadian telah dibuat setakat ini.

Tiada ulasan

Latest Articles