Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KERANA PUTUS CINTA WANITA KELAR TANGAN

KUCHING: Dipercayai berpunca daripada masalah cinta, seorang wanita nekad meneguk beberapa gelas arak sebelum mengelar pergelangan tangann...

KUCHING: Dipercayai berpunca daripada masalah cinta, seorang wanita nekad meneguk beberapa gelas arak sebelum mengelar pergelangan tangannya di rumahnya di Taman Duranda, Siburan semalam.
Menurut sumber, semasa kejadian mangsa, 31, bersama ibunya berada di rumah apabila dia dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang menuduhnya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.
Kecewa dengan tuduhan itu, mangsa dikatakan bertindak meneguk beberapa gelas arak sebelum mengelar pergelangan tangannya dalam kejadian sekitar jam 4 pagi.
Mujur semasa kejadian, ibu mangsa terjaga dari tidur dan mendapati mangsa hampir tidak sedarkan diri serta berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang selepas dirawat.


Tiada ulasan

Latest Articles