Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

NGERI KEMALUAN WANITA TERTUSUK KAYU

NGERI KEMALUAN WANITA TERTUSUK KAYU KUCHING: Seorang suri rumah mengharungi detik cemas apabila sebatang kayu patah tertusuk di celah ...

NGERI KEMALUAN WANITA TERTUSUK KAYU

KUCHING: Seorang suri rumah mengharungi detik cemas apabila sebatang kayu patah tertusuk di celah pahanya selepas tergelincir di kediamannya di Penempatan Semula Sungai Apong di sini, semalam.

Insiden sekitar jam 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, ibu kepada empat  anak itu sedang menjemur pakaian di luar kediaman mereka.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan gagal mengawal imbangan badan akibat permukaan lantai yang licin lalu tergelincir apabila kayu itu dikatakan tertusuk di bahagian kemaluannya.

Dia yang kemudian kelihatan berlumuran darah di kain, menjerit kesakitan dan hanya terbaring sehingga suaminya datang memberi pertolongan.

Suami mangsa sempat menarik kayu itu keluar sebelum membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.

Keadaan mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil. UTUSAN BORNEO


Tiada ulasan

Latest Articles