Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

POLITIK : Tan Sri Joseph Kurup Mahu Kenyataan Bakar Bible Dibuka Semula

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan ...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup hari ini menggesa kes terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubung kenyataannya berkaitan membakar Bible dibuka semula.

Portal Satu Sabah
Tan Sri Joseph Kurup
Sambil menggesa Pejabat Peguam Negara, Kurup berkata hal ini kerana siasatan terhadap perkara tersebut perlu untuk memastikan "kesatuan dalam negara ini."  

"Saya mahu kes itu dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak bertoleransi terhadap agama," katanya di Dewan Rakyat semasa menggulung bajet bagi portfolionya hari ini.

"Saya juga mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat," katanya lagi.

Bagaimanapun Kurup berkata sama ada Ibrahim akan didakwa di mahkamah ataupun tidak, ia sesuatu yang boleh ditentukan kemudian.

Kenyataan Kurup yang juga MP Pensiangan itu hadir selepas rakannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menyatakan kerajaan tidak boleh memberitahu apa yang pejabat Peguam Negara perlu lakukan. - MALAYSIAKINI



Tiada ulasan

Latest Articles