Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

PENALTI Diouf Terkena Palang, Leopold Diselamatkan, Sabah Rhinos Kandas Bermaruah

Begitulah kesudahan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kejohanan Yunnan Asian International Football Tournament  di China pada kel...

Begitulah kesudahan yang berlaku pada perlawanan separuh akhir kejohanan Yunnan Asian International Football Tournament  di China pada kelmarin


WALAUPUN tewas di tangan pasukan tuan rumah, Diamond FC, pada perlawanan separuh akhir kejohanan Yunnan Asian International Football Tournament sebentar tadi, pujian harus diberikan kepada para pemain Sabah Rhinos kerana terus berjuang sehingga ke saat akhir.

Pada perlawanan itu, skuad badak tidak bernasib baik selepas dikecewakan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan seri tanpa jaringan.

Sabah yang menurunkan barisan sama ketika bertemu Man Hao FC di suku akhir semalam dilihat lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa gerakan bahaya di kubu lawan,

Bagaimanapun, beberapa percubaan bahagian serangan yang dikemudi ketua pasukan, Eamon Zayed gagal diterjemahkan kepada gol sama ada diselamatkan penjaga gol atau sedikit tersasar.

Di babak kedua, Sabah Rhinos membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan dua tonggak Senegal, El Hadji Diouf dan Abdoulaye Faye untuk memburu gol serta memperkuatkan bahagian pertahanan.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah yang dilihat berkampung di kawasan sendiri berjaya mengekang asakan bertubi-tubi Sabah Rhinos sehinggalah mereka berjaya mengikat pasukan utama negeri itu ke penentuan sepakan penalti.

Pada penentuan sepakan penalti, Diamond FC berjaya menewaskan Sabah Rhinos dengan keputusan 4-3 selepas sepakan Leopold Alfonso Otong dan Diouf diselamatkan penjaga gol lawan serta terkena palang gol.

Terdahulu, separuh masa kedua juga menyaksikan beberapa suasana tegang antara kedua pasukan termasuklah insiden Shafiq Jamal dan seorang pemain Diamond FC yang dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Maklumat Terkini SABAH FA

SAKSIKAN VIDEO TERBARU PROMOSI CANON

Tiada ulasan

Latest Articles