BINTANG filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit. Portal Mirr...
BINTANG filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.
Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Xperia dalam filem Skyfall.
Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera "EWA FLIGHT 226 9pm" yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.
Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.
Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.
Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.
Jurucakap Sony enggan mengulas mengenainya manakala wakil Craig pula tidak dapat dihubungi berhubung perkara yang sama. - MIRROR

Tiada ulasan
Catat Ulasan