Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

KOTA KINABALU : Dua Lelaki Samun Pelajar Ditahan

Dua lelaki berjaya ditangkap polis kira-kira enam jam selepas menyamun seorang pelajar tempatan berumur 22 tahun. Pemangku Ketua ...

Berita sabah
Dua lelaki berjaya ditangkap polis kira-kira enam jam selepas menyamun seorang pelajar tempatan berumur 22 tahun.


Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan Azhar Hamin berkata, kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Darau, Tuaran kira-kira jam 12.30 tengah malam Isnin lepas.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah motorsikal, dua telefon bimbit dan sebatang cota besi daripada suspek,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Daerah, Karamunsing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa sedang berjalan balik ke rumahnya di Apartment Angsana sebelum didatangi oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motorsikal.

“Seorang daripada suspek berpura-pura meminta rokok daripada pelajar tersebut sebelum suspek mengeluarkan pisau dan mengarahkan mangsa agar menyerahkan barangan berharga,” katanya lagi.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dicederakan kemudian menyerahkan beg berisi sebuah komputer riba dan dua buah telefon bimbit kepada suspek terbabit

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri, namun salah seorang rakan mangsa sempat mencatat nombor pendaftaran motorsikal berkenaan,” katanya sambil menambah mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu. - SAYANGSABAH

Tiada ulasan

Latest Articles