Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Bayi 18 Bulan Jatuh di One Borneo dilapor Stabil

KOTA KINABALU – Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan cedera selepas terjatuh dari tangga bergerak di pusat beli-belah 1Borneo di Jala...


KOTA KINABALU – Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan cedera selepas terjatuh dari tangga bergerak di pusat beli-belah 1Borneo di Jalan Sulaman petang tadi. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, bagaimanapun berkata, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menunggu keputusan ujian x-ray. 
“Mangsa yang mengalami kecederaan di mata kiri, hidung dan mulut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, insiden itu berlaku kira-kira 2 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Tiada ulasan

Latest Articles