Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

MEKANIK DITAHAN TIADA DOKUMEN, SEBABKAN KEMATIAN

Seorang mekanik ditahan selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian di Jalan Kalabakan Sapulut, semalam, kerana tidak mem...

Seorang mekanik ditahan selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian di Jalan Kalabakan Sapulut, semalam, kerana tidak memiliki keterangan diri sah dan tanpa lesen memandu. 

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan mengikut Akta Imigresen Seksyen 6 (1) ( c) kerana tidak memiliki keterangan diri sah dan disiasat berdasarkan Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Menurut beliau, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi itu seorang penumpang berusia 34 tahun maut ketika dalam perjalanan ke hospital. 

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu bersama penumpang dalam perjalanan menuju ke Keningau dan apabila sampai di tempat kejadian kenderaan mereka hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan yang curam di sebelah kiri,” katanya sambil mengesahkan kecuaian pemandu sebagai punca kemalangan. 

Sehubungan itu Awang menasihatkan pemandu kenderaan sentiasa memandu dengan cermat dan mematuhi undang undang termasuk perlu memiliki keterangan diri sah dan juga lesen memandu. SAYANG SABAH

Tiada ulasan

Latest Articles