KINABATANGAN - Suspek lelaki berusia 40 tahun yang disyaki menikam bekas isteri dan anak tirinya hingga mati di rumah mereka di Ladang ...
KINABATANGAN - Suspek lelaki berusia 40 tahun yang disyaki menikam bekas isteri dan anak tirinya hingga mati di rumah mereka di Ladang Permodalan 1, di sini, akhirnya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, suspek ditahan pada jam 3.15 petang tadi di sekitar ladang itu sebaik menerima maklumat awam.
"Sepasukan polis yang melancarkan Op Kesan dengan dibantu pekerja ladang berjaya mengesan suspek sebelum berjaya menahannya.
"Ketika ditangkap, suspek didapati luka di bahu kanan," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
A Sahak berkata, pemeriksaan menemui satu anak kunci motosikal, dompet dan wang tunai RM704.
"Suspek akan ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pihak media yang membantu sehingga suspek berjaya ditangkap," katanya.
Katanya, dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi kelmarin, Basri Jamaludin, 24, mati di tempat kejadian manakala ibunya yang juga bekas isteri suspek, Azura Shima, 39, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran.

Tiada ulasan
Catat Ulasan