Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Datuk Sapawi Ahmad stabil

Kota Kinabalu : Keadaan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Beaufort, petang sem...

Kota Kinabalu: Keadaan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Beaufort, petang semalam, dilaporkan stabil.

Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Rosmawati Lasuki berkata, keadaan Sapawi selamat dan tidak seteruk yang digambarkan.

"Beliau (Sapawi) tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan, petang semalam, dan saya ada melawatnya di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dan keadaannya selamat.

"Sapawi perlu rehat atas nasihat doktor dan perlu dirawat untuk beberapa ketika lagi. Kita sama-sama doakan agar kesihatan beliau terus baik," katanya sebelum membacakan teks ucapan Sapawi pada majlis pelancaran Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sabah, di sini, pagi tadi.

Terdahulu, majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman.

Sapawi kini dipindahkan dari Hospital Beaufort ke HQE 2 untuk membolehkan doktor terus memantau keadaanya.

Dalam kejadian jam 4.10 petang semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Land Cruiser dinaiki Sapawi bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 18.5 Jalan Beaufort - Sipitang. - HMetro Online

Tiada ulasan

Latest Articles