Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Fiesta Bazaar Ria Anjuran PPS Kota Kinabalu Pada 20 & 21 Mei

KOTA KINABALU. Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Fiesta Bazaar Ria pada jumaat dan sabtu ini berse...

KOTA KINABALU. Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS) cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Fiesta Bazaar Ria pada jumaat dan sabtu ini bersempena Hari Ibu bagi memberi peluang kepada ahli cawangan KK untuk berkumpul dan beramahmesra sambil menjana pendapatan kecil-kecilan. 
Puan Carlina Elyna Elyas, Setiausaha PPS Kota Kinabalu
Menurut Setiausaha PPS Cawangan Kota Kinabalu iaitu Puan Carlina Elyna Elyas, acara tersebut memuatkan berbagai pengisian menarik akan diadakan di perkarangan ruang legar wisma SESB terbuka untuk dikunjungi oleh orang ramai. 

Tambah beliau lagi antara senarai acara yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut itu adalah seperti Jualan makanan & minuman, Preloved Item, tudung tupperware, akaesori dan bermacam-macam lagi. 

Program Derma Darah, cabutan bertuah, pertandingan mewarna untuk kanak kanak pertandingan memasak makan berkhasiat (masak dr rumah) pertandingan makan tembikai untuk lelaki, face painting juga turut diadakan.

"Semua dijemput datang dn jgn lepaskan peluang mnyertai semua pertandingan yang kami anjurkan." jelas Puan Carlina ketika dihubungi.

Berikut adalah ketetapan dan tentatif acara tersebut

Tarikh: 20  & 21 Mei 2016
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa: 9 pagi - 5 petang  
Tempat: Perkarangan Dewan SESB Karamunsing, KK                                        

Acara Menarik

01. Jualan makanan & minuman            

02. Jualan Preloved Item / tudung/tupperware/aksesori/dn byk lagi.....

03. Derma Darah

Program Menarik

1. Cabutan bertuah hamper/barangan dapur/ barangan elektrik
2. Pertandingan mewarna kanak kanak  
3. Memasakk makan berkhasiat (masak dr rumah)
4. Pertandingan makan tembikai untuk lelaki            
5. Mengupas bawang putih untuk wanita  
6. Pertandingan face painting 1
7. Pertandingan tanaman sayur kreatif (AJK sahaja
8. Permainan terbuka straw kasih sayang
9. Senam Ria (sebelah petang )              

Semua dijemput datang beramai-ramai dan jangan lepaskan peluang mnyertai semua pertandingan. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran pertandingan, sila hubungi Carlina di talian 017-8048776.

Tiada ulasan

Latest Articles