Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pembonceng motorsikal maut dalam kemalangan

Keadaan kenderaan proton saga yang terbabit dalam kejadian berkenaan KOTA KINABALU : Seorang pembonceng motorsikal maut selepas moto...

Keadaan kenderaan proton saga yang terbabit dalam kejadian berkenaan
KOTA KINABALU: Seorang pembonceng motorsikal maut selepas motorsikal yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Proton Saga dan sebuah Motorsikal Modenas dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tuaran Bypass berhampiran Kampung Rampayan, pagi tadi. 

Mangsa Bektter Bin Imun, 23, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Dalam kejadian berkenaan, penunggang motorsikal tersebut turut mengalami kecederaan yang parah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kereta Proton Saga dari arah Kota Kinabalu ke Tuaran, apabila sampai di tempat kejadian Pemandu Proton Saga telah terlanggar belakang Motosikal Modenas dan menyebabkan Penunggang dan Pembonceng terhumban ke  tepi jalan. 

“Siasatan lanjut mendapati, pembonceng motosikal tersebut tidak menggunakan topi keledar.” “Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah  telah di hantar  ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut.” 

“Pembonceng telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya. 

Tambah Chandra, siasatan awal mendapati kemalangan ini adalah berpunca daripada kecuaian pemandu Proton Saga  kerana memandu dengan tidak berhati-hati. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. - SayangSabah

Tiada ulasan

Latest Articles