Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Polis tidak membenarkan penganjuran Majlis Himpunan Rakyat

Polis tidak membenarkan penganjuran Majlis Himpunan Rakyat KOTA KINABALU: Pihak polis tidak membenarkan penganjuran Majlis Himpunan...

Polis tidak membenarkan penganjuran Majlis Himpunan Rakyat
KOTA KINABALU: Pihak polis tidak membenarkan penganjuran Majlis Himpunan Rakyat yang bertujuan untuk membantah penarikan Mykad di Sabah yang dijadual berlangsung pada 31 Mei ini, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra. 

Chandra berkata, larangan itu dibuat kerana himpunan yang akan dibuat di salah sebuah hotel di sini itu, dikhuatiri akan memberi implikasi buruk kepada keselamatan dan kententeraman awam.

“Pihak polis telah bertemu dengan penganjur program berkenaan dan menasihatkan agar tidak menganjurkan program tersebut,”katanya ketika sidang media yang dibuat di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini. 

Tambah Chandra, walaupun program berkenaan dibuat di hotel dan tidak tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi atas dasar keselamatan dan sesitiviti yang boleh menimbulkan kebimbangan awam pihak polis telah menasihati penganjur agar tidak mengadakan program tersebut. 

“Pihak penganjur telah bersetuju untuk membantalkan program itu selepas ditemui oleh pihak polis,”katanya. Penganjuran program berkenaan mengundang reaksi negatif orang ramai dan turut menjadi isu panas yang di sebarkan melalui laman sosial.

Tiada ulasan

Latest Articles