Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Sambutan Hari Belia Peringkat Sabah Di Sandakan 21-22 Mei

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan KOTA KINABALU, 11 - Pelbagai acara disusun termasuk berkaitan pendidik...

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
KOTA KINABALU, 11 - Pelbagai acara disusun termasuk berkaitan pendidikan, kerjaya, kemahiran dan keusahawanan pada program sambutan Hari Belia Sabah yang akan berlangsung selama dua hari di Padang Majlis Perbandaran Sandakan, bermula 21 Mei.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada sambutan bertemakan 'Future Is Now' itu dan dijadual dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Acara program lain disusun ialah "abah Peace Camp', Modal Insan, Kesukarelaan, Bakat Belia, Belia Aktif, Pendidikan dan Kerjaya, 'Go Green Expo', dan Gaya Hidup Sihat, katanya kepada pemberita di sini, hari Rabu.

Katanya turut akan diadakan penyampaian Anugerah Belia Negeri Sabah (ABNS) bagi menzahirkan pengiktirafan tertinggi kerajaan negeri kepada pemimpin persatuan belia dan individu yang telah memberi sumbangan, jasa dan khidmat cemerlang kepada pembangunan belia di Sabah.

"Selain itu terdapat juga penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara yang merupakan penganugerahan tertinggi kerajaan terhadap sumbangan golongan belia di Sabah dan ia akan diadakan serentak dengan majlis pelancaran sambutan hari belia berkenaan," katanya.

Tawfiq berkata sepanjang sambutan itu belia juga akan diberi pendedahan mengenai program-program anjuran kerajaan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles