SANDAKAN, 10 Okt (Bernama) -- Lima puluh pekerja Supermarket Fung Ming di Batu 16 Jalan Labuk di sini hilang pekerjaan selepas premis sa...
SANDAKAN, 10 Okt (Bernama) -- Lima puluh pekerja Supermarket Fung Ming di Batu 16 Jalan Labuk di sini hilang pekerjaan selepas premis satu tingkat itu musnah terbakar hari ini.
Ini merupakan kebakaran kedua membabitkan pasar raya milik syarikat sama dengan yang pertama di Batu 8 Jalan Labuk pada 20 Sept lepas dan menyebabkan 90 pekerja di premis itu hilang pekerjaan.
Pemilik pasar raya itu Chin Kui Ming berkata, dalam kebakaran pertama yang berlaku di premis di Batu 8 Jalan Labuk, kerugian dianggarkan kira-kira RM10 juta.
Menurutnya anggaran kerugian sama juga membabitkan kebakaran premis kedua ini yang beroperasi sejak 2000. "Lagi menyedihkan ramai pekerja saya hilang pekerjaan dan punca pendapatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata 40 anggota bomba terlibat dalam operasi memadam api dengan menggunakan enam jentera dan empat kenderaan utiliti. Katanya panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.18 pagi dan kebakaran dapat dikawal sejam kemudian.
Menurutnya kebakaran itu bermula di tingkat satu menyebabkan keseluruhan struktur bangunan dua tingkat pasar raya itu musnah terbakar.
Beliau berkata sepanjang operasi memadam kebakaran sehingga jam 11 pagi, tiada laporan mangsa cedera diterima.
Turut melawat lokasi kejadian adalah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris.
Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau turut bersimpati dengan insiden itu yang membabitkan premis kedua Pasar Raya Fung Ming dan menyebabkan ramai penduduk tempatan terutama golongan belia yang bekerja di premis itu hilang pekerjaan. -- BERNAMA