Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Aktiviti pengorekan batu secara haram di Sungai Liwagu, Keningau

KOTA KINABALU: Kertas siasatan mengenai kegiatan mengorek batu di Sungai Liwagu, Ranau akan dibuka sebaik semua maklumat diperlukan berj...

KOTA KINABALU: Kertas siasatan mengenai kegiatan mengorek batu di Sungai Liwagu, Ranau akan dibuka sebaik semua maklumat diperlukan berjaya diperolehi, kata Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Safar Untong.

Beliau berkata tindakan itu bagi menyiasat aktiviti pengorekan batu di berkenaan yang dijalankan secara tidak haram.

Katanya, berikutan aduan diterima, dua pasukan penguatkuasa diarah untuk membuat serbuan ke kawasan Sungai Liwagu pada Ahad lalu bagi mengenal pasti pihak terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Hasil serbuan, pasukan penguatkuasa berjaya merampas timbunan batu yang sudah dihancurkan dalam anggaran 350 tan.

Bagaimanapun, tiada pekerja yang berjaya ditangkap ketika serbuan dijalankan. “Proses rampasan masih berjalan dan kita memerlukan tiga hingga empat hari bagi mengambil semua batu yang telah dihimpunkan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Safar memberi jaminan bahawa Jabatan Tanah dan Ukur akan sentiasa memantau sebarang aktiviti pengorekan pasir dan batu yang dijalankan di seluruh negeri sebagai langkah melumpuhkan aktiviti pengorekan secara haram. –Aktiviti pengorekan batu secara haram di Sungai Liwagu

Latest Articles