Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Ayah jual anak di eBay disiasat

RHINE - WESTPHALIA - JERMAN. Seorang lelaki disiasat selepas dikesan menjual anaknya yang berusia enam minggu di laman jualan eBay. Me...

RHINE - WESTPHALIA - JERMAN. Seorang lelaki disiasat selepas dikesan menjual anaknya yang berusia enam minggu di laman jualan eBay.

Menurut laporan Dailymail, bayi bernama Maria berkenaan kini berada dalam jagaan badan kebajikan.

Maria sebelum ini disiarkan dalam sebuah posting di eBay untuk dijual dengan harga RM230,78.84.

Tajuk posting tersebut adalah 'Bayi, berusia 40 hari bernama Maria, untuk dijual'.

eBay memadam posting tersebut setelah ia disiarkan kurang 30 minit. Ayahnya yang berusia 28 tahun merupakan seorang pelarian kemudian menyerah diri di balai polis.

Polis bagaimanapun masih belum membuat keputusan sama ada mahu membuat dakwaan jenayah terhadap lelaki berkenaan atau tidak.

Latest Articles