KUDAT: "Jaga diri dan jangan tinggal solat." Itu pesanan Allahyarham Hamirah Mohamad Salleh kepada anak tunggalnya, Alibasa Al...
KUDAT: "Jaga diri dan jangan tinggal solat." Itu pesanan Allahyarham Hamirah Mohamad Salleh kepada anak tunggalnya, Alibasa Alibaba, 24, yang sepatutnya mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur sebelum ke Australia, hari ini.
Ia diceritakan saudara Hamirah, Rita Abdul, 25, yang mendengar mangsa sentiasa mengingatkan Alibasa mengenai perkara itu selepas memberi keizinan ke Australia untuk bertemu rakannya kerana mahu bekerja di negara berkenaan.
Hamirah, 39, bagaimanapun tidak sempat menghantar Alibasa apabila dia terbunuh ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akibat nahas nahas ngeri empat kenderaan di Kota Belud, yang turut mengorbankan tujuh orang lagi.
Rita berkata, Hamirah menasihatkan Alibasa untuk sentiasa menjaga diri dan berkerja dengan ikhlas agar dapat mengumpul wang untuk majlis perkahwinannya yang dijangka dilangsungkan tahun depan.
"Arwah memang seorang penyayang serta selalu menasihatkan Alibasa, yang juga anak tunggal selepas ayahnya meninggal dunia ketika berusia lima tahun lagi.
"Kami tak sangka nasihat itu ialah kata-kata terakhirnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Kapor, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.55 pagi di Jalan Kota Belud - Kota Marudu di Kampung Keguraan, Kota Belud, lapan termasuk tiga beranak maut, manakala dua lagi cedera parah.