Kudat : Kru bot nelayan cedera selepas terkena tembakan dilepaskan individu tidak dikenali di perairan Pulau Tigabu, Banggi, dekat sin...
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, kru itu cedera di tangan dan badan dan kini menerima rawatan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.
Namun demikian, setakat ini butiran lanjut mangsa yang terbabit dalam insiden itu belum diperolehi.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Senior Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu.
Kami masih menjalankan siasatan insiden itu termasuk andaian bot mangsa berada dalam perairan Filipina ketika menangkap ikan dan lain-lain kemungkinan lagi.