Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Petani murung tembak diri sendiri

Penampang: Seorang petani yang mengalami masalah kemurungan menembak dirinya menggunakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk di rum...

Penampang: Seorang petani yang mengalami masalah kemurungan menembak dirinya menggunakan senjata api buatan sendiri jenis bakakuk di rumah ibunya di Kampung Mongkusilad Moyog, dekat sini, jam 8 malam kelmarin.

Mayat Winson Gonsiting, 48, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh jiran. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, jiran mangsa yang berehat di rumah terdengar bunyi objek jatuh sebelum ke kediaman lelaki terbabit.

“Jiran mangsa mendapati mangsa terbaring di ruang tamu sebelum memaklumkannya kepada ahli keluarga mangsa,” katanya, semalam.

Menurut Rosley, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh abang mangsa jam 9.23 malam. “Siasatan di lokasi mendapati tiada sebarang kesan pergelutan.

Kami turut menemui bakakuk digunakan mangsa untuk menembak dirinya,” katanya.

Menurut beliau, keluarga mangsa memaklumkan, lelaki berkenaan mengalami masalah kemurungan dan tiada musuh.

Latest Articles