Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Rompakan Keningau: Peniaga Kerugian Lebih RM14,000

KENINGAU: Seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian hampir RM14,000 membuat laporan polis pada Khamis berikutan pejabatnya, Keni...

KENINGAU: Seorang ahli perniagaan yang mengalami kerugian hampir RM14,000 membuat laporan polis pada Khamis berikutan pejabatnya, Keningau Saga Otomobile Sdn Bhd, di sini, telah dipecah masuk.

Pengadu seorang pesara guru berusia 59 tahun yang juga sebagai pengurus syarikat itu dalam laporan polisnya menyatakan bahawa pada 27 Oktober jam 8.04 pagi telah menerima panggilan telefon daripada seorang pekerjanya mengatakan pejabat syarikat itu telah dipecah masuk.

Katanya selepas itu pengadu bergegas ke pejabat untuk membuat pemeriksaan dan mendapati jeriji di bahagian tangga bawah tiada kesan diumpil.

“Saya periksa di bahagian atas dan mendapati jeriji tengah tidak dibuka tetapi besi penghadang bahagian tepi telah dibengkokkan dan individu terbabit naik melalui tepi tembok,” katanya.

Pengadu memberitahu pintu utama pejabat bahagian depan telah diumpil dan barang-barang yang hilang dicuri ialah tiga komputer riba, dua speaker, duit siling dan wang kertas, serta token Epxs Eperolehan satu set.

“Anggaran kerugian lebih kurang RM13,860 termasuk kerosakan dalaman pejabat yang dianggar RM4,500.

Laporan polis dibuat adalah untuk tindakan,” katanya.

Beliau berkata kejadian itu adalah buat kali ketiga di mana kali pertama dan kali kedua masing- masing pada 2009 dan 2011.

Pemangku Ketua Polis Daerah ASP Lee Nyuk Kim mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi. “Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan polis sedang meneruskan siasatan kes ini,” katanya.

Latest Articles