Kota Kinabalu: Tujuh sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas pening akibat tumpahan merkuri dari jangka suh...
Kota Kinabalu: Tujuh sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas pening akibat tumpahan merkuri dari jangka suhu yang pecah dalam bilik di rumah mereka di Taman Rimba, Menggatal, di sini, petang tadi.
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Jamikah Ismail berkata, sebaik menerima panggilan pada 4.58 petang, sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.
"Cecair merkuri dari jangka suhu yang pecah berada dalam bilik dan operasi pembersihan menggunakan serbuk surfur dilakukan oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat)."
"Ada tiga dewasa dan empat kanak-kanak mengalami simptom pening.
Mereka dihantar ke hospital berdekatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Semua mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital petang tadi. Operasi yang turut dibantu anggota BBP Kota Kinabalu tamat jam 6.11 petang tadi.