KOTA KINABALU 20 Okt. - Sebanyak 19 pegawai Jabatan Air Sabah di peringkat bahagian dan daerah dari 27 lokasi di seluruh negeri ditahan ...
KOTA KINABALU 20 Okt. - Sebanyak 19 pegawai Jabatan Air Sabah di peringkat bahagian dan daerah dari 27 lokasi di seluruh negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan sejak 2010.
Menurut sumber, dalam operasi serentak yang dijalankan semalam, SPRM turut merampas wang tunai sebanyak RM2.4 juta daripada suspek-suspek yang ditahan kerana dipercayai diperoleh melalui cara yang salah.
Katanya, kesemua suspek yang merupakan jurutera dan ketua di peringkat bahagian serta daerah didapati telah membuat kutipan sebanyak 27 peratus hingga 30 peratus daripada nilai setiap projek yang diberikan kepada mana-mana kontraktor.
"Pelbagai dokumen perolehan juga telah dirampas dan SPRM sedang meneliti setiap satu dokumen berkenaan bagi mengumpul bukti.
"SPRM akan merakam percakapan semua suspek yang ditahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE