Kota Kinabalu: Seorang pekerja wanita sebuah spa kecantikan ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan mulut berdarah di tempat kerjany...
Kota Kinabalu: Seorang pekerja wanita sebuah spa kecantikan ditemui mati dalam keadaan terbaring dengan mulut berdarah di tempat kerjanya di Tanjung Aru di sini, pagi tadi.
Mayat Norfazlina Abantas, 20, ditemui pengurus spa berkenaan kira-kira 11.38 pagi selepas dihubungi seorang pekerjanya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada kesan selongkar atau geledah.
"Punca kematian mangsa belum dapat dipastikan dan polis menunggu hasil bedah siasat daripada Hospital Queen Elizabeth (HQE). "Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.